Tuesday, 8 October 2013

Ya Allah, Aku terlalu merindui hamba-Mu

Hai..

Setelah kian lama blog nie terbiar..

Bukan tak nak update..

Tapi kekangan masa yang membuatkan aku terhenti seketika

Yeah..seem aku update blog nie

Memang aku ada masalah..

Banyak masalah yang aku sedang lalui

Aku ingatkan aku kuat lalui masalah nie

Tapi sangkaan aku meleset..

Ya Allah, aku terlalu merindui hamba-Mu

Hampir 3 minggu dia tak contact aku

Hilang tanpa khabar berita

Then bila aku mesej number dia..

Mesej dari Maxis yang membalas..

Katanya handphone nya switched off..

Hampir setiap jam aku call number dia, setiap hari

Dalam hati berharap, mungkin dia akan on kejap..

Tapi jawapan yang sebaliknya aku terima

Semalam, aku mesej number dia 013

Sepupunya membalas..

Katanya dia accident motor, sekarang dia ada kat hospital

Bila aku tanya bila masuk nya

Dia bagitahu 2-3 hari nie

2-3 hari ?

Aku tunggu dia 2 minggu dia tak balas

2-3 hari nie masuk hospital ? Haish !

Bila aku tanya teruk ke sakit nya

Dia bagitau cuma cedera ringan

Haish, kau rasa patut ke aku percaya ?

Masa hari raya hari tu pun dia cakap dia accident

Aku tak rasa pun dia macam tu

Mungkin dia hanya reka cerita

Semata-mata nak lari dari aku..

Dia cakap phone dia rosak..

Masalahnya, dia ada 2 phone..

Tak kan lah dua-dua rosak..

Haish, aku nie asyik kena tipu je..

Apa, aku nie tak layak dijadikan seorang isteri ke ?

Hina sangat ke aku nie ?

Hodoh ke aku ?

Bodoh ke aku ?

Sampai reject aku macam nie..

Ya Allah, adakah aku ini hanya bertepuk sebelah tangan selama nie ?

Atau, mungkin aku tidak layak menjadi seorang isteri ?

Sejak kebelakangan nie

Aku terlalu banyak bercakap apabila dengan kawan-kawan

Nak tahu kenapa ?

Aku tak mahu orang tahu bahawa aku terlalu sedih sekarang nie..

Apabila aku diam, aku akan menangis

Dan terus menangis..

Setiap malam aku menangis, sehingga aku tertidur

Mak aku selalu tanya, kenapa mata tu ?

Soalan yang tak dapat aku jawab..

Ya Allah, nie kah dugaan untuk ku ?

Apabila aku memikirkan semula..

Bel ada bagitahu aku

Yang dia off phone dia lama masa couple dengan bel tu..

Bila dah tak ada perempuan tu nak layan dia

Baru balik kat bel..

Betul ke ?

Sampai hati dia buat aku macam nie kan..

Sampai hati !!!

Wednesday, 17 July 2013

Sengsara

Sudah sekian lama aku tak update apa-apa status dalam blog ini

Bukan tak nak update

Buat apa update kalau tak ada orang baca

Ermm, bukan tak ada orang yang nak baca

Ada tu memang la ada

Tapi bukan orang yang aku nak tujukan setiap post dalam blog nie

Banyak kali juga orang tu tanya

Apa link blognya

Nak tengok isi hati gadis periang nie

Hahaha..

Tergelak aku membaca mesej yang dihantar

Dalam hati * amboi, mengayat nampak *

Berbalik kepada tajuk diatas

Ntah kenapa tangan aku nie mengatal

Pergi buka Fb lain tengok wall ex-ex aku

Ex aku yang perak tu dah temui pengganti aku setelah 2 tahun kami putus

Aku anggarkan baru tahun nie dia start couple balik

Pernah lah aku dimarahi kawan baik dia sebab aku mempunyai pengganti

Dan dia cakap kawan dia tu hampir bunuh diri

Sebab tahu aku punya pengganti

Sebenarnya bukan niat aku

Aku pun hampir nak mati juga bila dapat tahu kitaorang putus

Sehinggakan mak aku risau tengok keadaan aku

Dan memang pointer aku dari 3.++

Terus drop

Memang waktu tu aku tak fikir dah pasal pelajaran aku da

Aku fikir aku nak mati je

Jadi aku terpaksa cari jalan lain

Aku couple dengan orang yang aku tak suka

Untuk sehari dua memang boleh

Yang selebihnya hanya kasihan je

Perasaan cinta itu tak ada

Tapi nak buat macam mana

Aku terburu-buru lalu memakan diri sendiri

So, masa aku buka wall dia tu

Seems he very happy

Dan aku pula makin sengsara..

Tahniah untuk dia sebab dah jumpa pengganti yang lagi baik dari aku

Tak lama lagi dia nak kahwin

Dan aku plak ?

Macam nie la..

Selalu kena tipu dengan lelaki..

Apalah nasib kau Liyana

Malang selalu

Bila kau nak bahagia nie

Apa nak buat

Semua lelaki pandang hina kat aku

Buat aku nie macam mainan je

Kalau nak, cari aku

Kalau bosan, buang aku

Even pun aku dalam relationship

Tapi hakikatnya aku keseorangan

























Thursday, 20 June 2013

Lupa Kita Kan 

Sudah 4 hari dia tak contact aku

Busy bebenor @ ada awek lain ?

Tak pun sibuk buat persiapan nak merisik si Wani tu !!

Yela kan dah habis study

Nak graduate dah bulan 9 nie kan

Umur pun dah lanjut

Mesti lah nak kawin dan kan

Untung lah nak kawin kan

Hari tu ex aku call

Pukul 3 lebih macam tu

Malam tu pula aku tak boleh tidur

Sebab fikir kan atok bambam lah nie

Kenapa tak call-call aku sampai sekarang

Mungkin terjadi apa-apa kan

Mana lah kita nak tahu

Yang si bambam tu bukan nak bagitau apa-apa pun

Risau agak nya kita tahu mana dia tinggal

Takut aku pergi rumah dia lettew..

Tak ada kerja aku nak pergi rumah dia tu

Even pun rumah dia sebelah rumah aku

Tak ingin nak jejak pun

Orang dah berahsia sangat kan

Dah rasa annoying nak bagitau apa-apa kat kita

Kalau datang rumah dia, ntah apa la yang dia akan buat kan

Berbalik pasal cerita ex aku

Terkejut juga dia tiba-tiba call

Then tanya aku dah tidur ke

Aku jawab " tak boleh tidur..kenapa awak tak tidur lagi ?"

Dia jawab dia baru balik dari kenduri tahlil

Dalam hati " Berubah juga kau ye.. "

Aku jawab " Owh "

Then tiba-tiba dia cakap..

" Rindu lah kat awak "

Geli hati, isi perut aku dengar dia cakap macam tu

Then dia tanya " Mak dah ada calon ke ? "

Pelik.. Ntah kenapa tiba-tiba tanya macam tu

Aku jawab " Kenapa ? "

Dia jawab " Saja tanya..dah ada ke ? "

Aku jawab " Tak ada lagi "

" Lagipun saya tak akan kawin selagi mak ayah saya hidup senang "

Then dia jawab " Bagus la macam tu "

" Dah berapa lama kita tak contact ye ? "

Aku jawab " Dekat sebulan ada.. kenapa ? "

Then dia cerita lah dua minggu lepas

Dia masuk hospital, wad kecemasan je..

Aku tanya lah macam mana boleh jadi macam tu

Then dia cakap yang dia gaduh dengan geng-geng India kat tempat club yang dia jaga tu

Aku cakap " Baguslah macam tu.. Kenapa tak masuk ICU je ? "

" Saya dah cakap kan sebelum kita putus jangan gaduh "

" Even pun kita dah tak ada apa-apa "

Dia jawab " Kalau saya kapel dengan awak ye saya tak buat "

" Tapi sekarang nie tak ada sapa nak tegur "

Dalam hati " Dulu kau halau aku dari hidup kau "

" Kongkong hidup kau, nak buat apa pun tak boleh "

" Cakap aku nie penghalang kejayaan kau "

Aku jawab " Awak tu dah besar "

" Boleh fikir kan, tak kan semua orang nak bagitau "

Then dia cakap lepas aku pergi dari hidup dia

Macam-macam masalah dia tak boleh handle

Dan sekarang nie dia frust dengan hidup dia

Dia tak suka hidup dia sekarang..

Sebelum dia akhirkan perbualan

Dia minta aku kejutkan dia pukul 8

Aku cakap sebelum nie boleh bangun sendiri kan

Lagipun saya tak nak kekasih saya buat macam tu kat orang lain

* Even pun dia dah buat dah *

Then dia cakap tak apa lah macam tu..

Lepas aku cakap dengan ex aku

Ntah kenapa terdetik kat hati tu nak call number maxis dia

Dan yang terkejutnya

It's Ringing !!!

Then aku call number celcom dia pun ringing jugak

So, kau rasa tak apa yang aku rasa ?

Makin tak boleh tidur aku malam tu

Nak tahu aku tidur pukul berapa ?

6 lebih baru tidur

Bila time aku nak tidur tu ada lah mesej nak masuk

Ish, kacau betul

Dah lah hati aku tengah panas dengan dia

Then time aku nak tidur, ada plak orang hantar mesej

Aku buka tengok mesej tu

" Ada apa kol ? " mesej yang aku terima dari dia

Aii, sejak bila pula aku tak boleh call dia nie ?

Lagi lah sakit hati aku dapat mesej macam tu

Naluri hati aku yang dia dah tak perlukan aku lagi memang kuat

Benci nya aku jadi macam nie

Bila perlukan aku, datang cari aku

Bila dah tak ada, buang aku macam tu je kan

Ingat aku sampah ke, nak buang-buang nie ?

Ada reason nya kenapa aku tukar password aku

Aku sedar yang dia tak pernah pun hack FB aku

Nak tahu kenapa ?

Masa tu aku ada tukar password aku

Then dia minta password aku

Aku cakap hack la..

Kan naz nie suka hack-hack Fb orang kan

Then dia cakap something yang aku update

Aku terkejut, ingat betul lah dia hack

Then dia minta password aku

Aku minta gambar dia sebagai tukaran password Fb aku

Then dia cakap, kalau macam tu tak apa lah

Aku cakap tak nak tak apa

Naz tak dapat lah baca mesej yana dengan ex yana

* Sebab hari tu dia cabar aku mesej dengan ex aku *

Then dia cakap bagilah

Aku cakap hack la..

Kan boleh hack

Then dia cakap kalau hack boleh 10 minit je pun

Aku rasa 10 minit tu cukup kot nak buka mesej aku kan ?

Sejak tu aku baru perasan

Yang waktu aku update tu

H tu ada online juga

Aku perasan kalau dia online mesti dia nampak aku punya status kan

Berapa banyak status yang aku update

Tak kan lah satu pun tak masuk kat news feed dia kan

Tipu lah tu..

Sekarang nie aku cumstomize status aku

Yang si H dengan fb dia tu tak boleh tengok apa yang aku update

Nak tengok dia boleh ke tak hack fb aku

Pasal dia hack number tu..

Aku tak percaya tanpa ada bukti

Masa mula kenal dia yang bagi aku number dia

Bukan aku yang bagi

So, macam mana number aku tak sampai kat H tapi dia

Dan lagi satu..

Setiap kali aku call dia number lain

Kenapa dia angkat tapi bukan H ?

Daa, dari situ kita dah tahu kan..

Aku rasa dia tak nak contact aku pun sebab nak jauhkan diri dia dari aku

Macam dia buat kat ex dia..

Kesian aku dengar cerita ex dia

Tak payah dengar lah

Aku tengok sendiri macam mana dia layan ex dia dulu

Dia buat ex dia tertunggu-tunggu dia

Sedangkan dia layan banyak perempuan

Lepas satu-satu dia layan

Aku tabik kat ex dia

Even pun dia buat macam tu

Ex dia tak pernah tinggalkan study dia

Dan berjaya..

Tengok ex dia sekarang study forensics kt USM kot

U number 1 kat Malaysia nie..

Tapi tengok aku ?

Jauh berbeza dengan dia kan

Belajar pun tak berapa nak pandai

Rupa pun tak ada

Tak ada benda yang aku boleh banggakan

Sebab tu dia buat aku macam nie

Lepas satu-satu dia bodohkan aku

Dan tahu-tahu dia dah nak kawin dah nie

Dulu aku impikan lelaki macam dia

Sangat sweet, kadang-kadang romantik, kelakar

Pabila aku kenal dia

Aku rasa angan-angan aku bakal menjadi kenyataan

Plus, dia cakap dia study engineering

Wah, aku dapat suami engineering

Dan lagi keluarga dia mempunyai gen kembar

Aku rasa memang apa yang aku angan kan menjadi kenyataan

Macam tak percaya je

Kemain lagi gembira

Siap cerita kat mak dan abang aku lagi

Selama nie aku mana ada nak cerita kan kat abang aku

Paling kurang pun emak jela

Tu pun jarang..

Tapi pasal dia, aku cerita kat mak dan abang aku

Lama-lama aku baru sedar

Angan-angan tetap kekal sebagai angan-angan

Tak lebih dari itu

Dan akhirnya aku di tinggalkan begitu saja

Tanpa apa-apa alasan

Seperti sampah-sarap L


Tuesday, 18 June 2013

Bambam ♥

Dah dua minggu my bambam busy

Haih, mengalah kan orang final exam busy nya

Katanya mengaji, tu yang busy

Sebelum tu pun awak mengaji juga

Tapi tak ada lah busy macam nie

Dia ada minta gambar terbaru

Sengaja tak nak bagi

Masih merajuk dengan dia

Sebab dapat call sekejap je

Orang rindu dia taw

Tapi dia buat macam nie..

Masa tu merajuk jugak dengan dia

Cakap nak tukar password Fb, then deactive akaun fb dan twitter

Tak nak contact sangat kan

Buat macam tu

Then, dia cakap gurau je

Haa, tahu takut

Buat betul-betul tahu lah :p

Pernah la aku tanya dia soalan terakhir

Then aku cakap lepas nie aku tak kan tanya lagi

Aku tanya dia

" Betul ke N bukan H ?"

Then dia cakap " Yer, bukan.. "

So, dia dah cakap dia bukan H tu

Tutup kes nie

Even pun ada bukti + saksi yang cakap dia tu H

Aku dah tak nak tahu

And if satu hari nanti kalau ada kesempatan untuk berjumpa

Dan apa yang aku jumpa H

Tanpa bicara sepatah pun, aku tinggalkan dia macam tu aje

Jangan cakap aku kejam sangatlah

Bukan sekali dua aku tanya

Siap bukti lagi menunjuk kan dia tu H

Tapi beribu aku tanya, sejuta penafian dari dia

Aku tanya ex dia macam mana dia yang dulu

Tapi masih menidakkan

Nak buat macam mana lagi ?

Masih anggap aku kejam ?

Dia pun tak berharap yang dia akan jumpa aku pun

So, why so worried ?

Kami tak kan berjumpa pun

Like he told me before when i ask him about his ex

Dia di alam maya

Tak kan berjumpa pun..

Tengok, kalau dia cakap macam tu pasal ex dia

Kenapa dia tak boleh cakap macam tu kat aku  ?

Masuk akal tak ?

Bila aku stalk Twitter H tu sebelum nie

Apa yang aku dapat tahu

Dia pun playboy macam N juga

Sometimes, ayat mesej dia pun sama juga

Bohong lah cakap tak kan lah tak ada orang guna ayat macam mesej dia kan

Memang ada..Totally 110 % ada..

Tapi tak pernah lagi aku jumpa, aku mesej dengan orang

Jumpa perkataan mesej yang memang sebiji sama dengan orang lain

Tak pernah selain dia..

It's okay, Nana

Selagi dia cakap dia bukan si H tu

Semuanya akan baik-baik belaka

Belum lagi timbul tanda-tanda perang dunia 3..

Ok, stop here..

Aku nak buat pengakuan nie ...

Sebenarnya kan ...

Aku tak delete pun gambar H yang dia bagi tu

Ntah kenapa hati aku memang tak ada niat nak buang

Sedangkan benci giler dengan dia

Aku rasa aku tak pernah pun buka wall aku

Sebab takut-takut kalau aku buka

Ternampak lah Fb H tu

Dan sejak aku tak buang gambar H tu dari handphone aku

Maka, lepas tu aku tak pernah lah belek-belek gambar dalam phone aku nie

Nampak jelas kan betapa aku benci dia

Apatah lagi kalau 1 kerja

Apa lah yang akan jadi

Fuhhh, jangan lah bagi aku jumpa dia..

Anyway, nah..

Nie pic terbaru aku

Yang agak tembam, tapi still ramai peminat..

Hewhewhew :p



P/s : Cermin berhabuk sikit, seperti blog nie yang dah lama tak update :p

Berhabuk

Wah, dah lama aku tak update blog bucuk aku nie..

Sorry ye bucuk sebab biarkan berhabuk

Bukan tak nak update

Merajuk dengan atok tembam

Sebab dia tak pernah pun nak baca blog nie

Dah suruh orang buat, lepas tu dia yang tak nak baca

Busy dengan apa pun tak tahu lah, hmm :/

Now, seperti yang diketahui

Saya dalam mood holiday, yeah 

Cuti 3 bulan lebih

Bulan 9 baru masuk sem 5

OMG, final year

For sure, that sem so tough to me.. hmm :(

Macam mana nak buat sensor for thumbprint nie, adoiyai

Tak apa, tak apa

Masalah tu boleh hold dulu

Masalah yang tak boleh hold nie MUET !!

Apa yang aku nak buat dengan MUET nie

Satu apa pun tak tahu

Adik aku study MUET untuk berbulan-bulan baru dapat band 3

Nie kan aku yang study tak sampai 2 minggu

Macam mana aku nak dapat sekurang-kurangnya band 3 ?

Oh gosh, susah betul..

Seem people said that  MUET so easy

Easy ???

I don't think so

Kalau bab writing or hearing

Aku rasa aku boleh buat but ....

Speaking ?

Kalau cakap tanpa ada markah aku rasa boleh kot

Tapi kalau perasaan dan gementar

Kompom lah tak boleh

Aiyaa, apa nak jadi dengan aku nie

Seem that I have happy holiday for a long long time

Aku cari kerja part-time

Setelah aku kerja nie, baru aku tahu betapa susah payah ibu bapa aku besarkan aku

Mula-mula nak give up

Then bila aku dengar keluhan penat keluar dari bibir ibu bapa aku

Keluhan tu lah jadi pembakar semangat aku nak teruskan kerja

Biar lah aku ringan kan beban ibu bapa aku

Sepatutnya ibu bapa aku berehat saat umur nya sebegini

Tapi apakah daya..

Ada 7 orang tanggungan yang perlu diberi makanan

So, nak tunggu abang aku kerja lambat..

Jadi biarlah aku kerja dulu

Tapi kerja nie kan..

Kena cari orang..

Lepas si H tu reject aku, lebih banyak rejection lepas dia aku dapat

Apa malang la nasib aku nie

Selama nie aku tak pernah kena reject, sekali kenal dia

Berderet-deret rejections aku dapat

That why aku patut benci dia kan ?

Memang patut pun aku benci dia

Dengar nama yang berkaitan dengan dia memang aku benci betul

Tak kisah la orang tu bukan dia

Tapi kalau nama macam dia tu, memang aku benci

Aku harap dia stay je kat negeri dia tu

Kerja kat negeri dia

Kalau nak kerja kat luar dari negeri dia

Pasti kan kau tak jumpa aku,

Dan yang paling penting sekali !!

Pastikan kau tak satu kerja dengan aku

Kalau kau boleh pastikan dua benda tu

So, kau bebas nak pergi mana

Oh, such hate this guy

I hope I never know who you are,and do not know that you are exist in this world !!!

Huh, menyampah betul

Orang cakap, kalau kita benci orang tu akan tukar jadi sayang

Dan orang yang kita benci tu lah yang jadi jodoh kita

But, don't worry

Aku akan pastikan benda tu tak akan berlaku

Dan kalau benda tu berlaku ...

Memang porak peranda lah rumahtangga aku kan

Setiap hari, setiap masa bergaduh..

Dan, dan ..

Impian nak dapat anak kembar tak tercapai

Hmm, bukan anak kembar je, anak sorang pun belum tentu lagi dapat

Huh, memang aku mimpi dia tu jodoh aku..

Tapi semua tu kan boleh berubah dengan doa

So, mulakan dari sekarang untuk 5 tahun akan datang ;)

And if, dia yang jodoh aku

Baik aku kahwin dengan kawan abang aku..

Semua benda boleh setel, betul tak ? hehe

Anyaway, I hate that guy, huh !!


Senyap

Semalam aku sakit perut dari malam tadi

* Mungkin tanda-tanda nak uzur dah *

Memang tak larat nak bangun

Sekali tengok jam pukul 2 p.m

Mak aih, subuh aku terlajak

Sampai pukul 2 aku bangun

Cepat-cepat mandi qada' solat subuh

Akibat dari bangun lambat, aku jalan pun terhuyung-hayang

Tiba-tiba mak aku cakap

" Cepat siap kita , tolong mak kat tasik "

" Mak dah bawak nasi untuk kau "

Aiyaa, cepatnya nak perginya

Muka aku "mantong" lagi nie

Malunya lah..

Tengok kat cermin, muka aku bengkak

Tak tahu kenapa bengkak

Then malam tu adik aku buka lagu kat handphone aku

Dia buka lagu " Mabrook - Irfan Makki"

Aku cakap  " Nanti akak kahwin, bukakan lagu nie ye "

Lepas tu adik bongsu aku cakap

" Nanti kakak nana kahwin, acam nak jadi flower girls "

Adik aku second last pun cakap " Ain pun sekali ye "

Aku jawab " Yela, nanti jadi flowers girls "

Adik aku yang darjah 6 tu cakap

" Ati nak jadi Dj sambil tu boleh nyanyi "

Hahaha, amboi..

Semua dah duk merancang

Padahal belum apa-apa lagi

Hmm...

Hari ini genap seminggu dia tak contact aku

Senyap je

Selama nie, tak ada lah macam nie..

At least dalam seminggu ada lah sekali dia akan contact

Kadang-kadang dua hari dia contact dalam seminggu

Ntah kenapa tiba-tiba dia senyap tanpa berita

Blog aku pun dia tak tengok..

Adakah dia sudah benci aku ?


Saturday, 11 May 2013

Rindu

Dari semalam lagi aku menunggu panggilan dari dia

Sehinggakan aku habis exam pun

No message, no missed call, doesn't update status on my Facebook

Bohong lah aku tak rasa gembira bila dia update status kat Facebook aku

Hari rabu tu dia ada update status Facebook aku macam nie


Menitis air mata aku baca status tu saat aku tuduh dia ada perempuan lain

Seumpama memberikan aku semangat nak jawab final exam nie

Sengaja aku melambatkan update pasal nie

Tapi aku tak mampu menahan rasa excited nak post pasal hal nie lebih lama lagi

Selalunya setiap hari jumaat dia akan call aku sama ada waktu pagi @ malam

Tapi hari nie, satu apa pun tak ada dari dia

Apakah dia sudah membenci aku ?

Terdetik di dalam hati

* Call, tak payah call, call, tak payah call *

Ahh, seriously i need a flowers right now

Lalu aku mengambil keputusan untuk mesej dia

Bagitahu dia ada sesuatu berita gembira yang ingin aku sampaikan..

Ya, memang berita gembira untuk aku

Tapi tak ada mesej masuk pun

Lalu aku cuba menelefon dia

Dalam hati * hanya Allah je yang tahu betapa berdebarnya hati aku *

Lastly, voicemail yang jawab panggilan aku

Saat tu baru aku teringat yang dia larang aku dari contact dia

Masha-Allah, macam mana aku boleh lupa nie

Niat dihati ingin berkongsi berita gembira

Terus bertukar menjadi duka

Sengaja aku tukar gambar aku kepada gambar artis Korea * Song Ji Hyo *

Biar matching dengan profile dia

Bila ingat balik cerita Monday Couple nie..

Sebenarnya kami pun berkenalan rapat pada hari Isnin 25/2/13

Masih ingat tak yang saya mula mesej awak guna nombor phone saya ?

Betapa gembiranya awak dapat number saya

Tersenyum aku mengingati kenangan tu

Dan saat dia mula meregangkan diri nya dari aku

Pabila datangnya hari Isnin, merupakan hari yang mengembirakan

Kerana aku dapat mengenangkan perkenalan kami

Hari Isnin hari yang sangat membahagiakan aku

Then, hari nie aku pergi tolong mak aku meniaga..

Ntah kenapa lah ramai pula yang sebut perkara yang ada kaitan dengan Kelantan nie

Terfikir * Adakah jodoh aku orang Kelantan ? *

Dan bila nak balik tu, mak aku pergi tandas, ada customer yang agak rapat dengan mak aku

Bawa mak aku pergi kat Shell,

Sebab tandas nie tutup

Lepas tu, ada lah budak nie

Masa rumah lama dulu, mak aku kawan dengan mak budak nie

Jadi, dia datang kat tempat mak aku

Mak aku cakap " Tengok2 kan nana kejap ye "

" Mak cik nak pergi tandas "

Dia gurau dengan mak aku cakap

" Nana tu dah besar mak cik "

" Dia boleh jaga diri sendiri "

Hahaha..sengal punya budak

Then dia tegur aku " Kenapa muka bengkak ? "

" Gaduh dengan Bf ye ? "

Dalam hati * Eh, nampak sangat ke ? *

Aku cepat cover line " Tak adalah "

" Minggu nie final , tu yang study sampai lewat malam "

Then dia tanya lah aku study kat mana, ambil course apa

Seingat aku bukan sekali dua je dia lepak kat tempat mak aku tu

Dah banyak kali gak lah

Dan setiap kali dia lepak situ, mesti tanya benda yang sama -_-

Tak lama tu mak aku sampai, then dia salam mak aku cakap dia nak balik

Aku dengan mak aku pun kemas-kemas lah nak balik

Masa dah on the way nak sampai rumah

Ada dua motor ikut belakang lori mak aku

Mak aku pelan-pelan cakap

" Nana, tutup pintu kau tu "

" Tutup tingkap jugak "

" Ada motor ikut belakang kita "

Kalau nak tahu, sebenarnya kawasan rumah aku pernah kena samun 2 tahun lepas

Adik aku yang darjah 6 nie saksinya

Samun depan rumah aku pulak tu

Dan yang paling menakutkan nya

Jiran depan rumah aku tu adalah PENJENAYAH !!!

Muka dia masuk surat khabar tu

Suspek utama dicari

Gila ke tak gila

Sampai depan rumah, mak aku cakap " jangan keluar dulu "

" Mak nak telefon abah "

Memang 2 motorsikal tu pergi terus kat rumah jiran aku tu

Dorang memang lepak kat situ

Memang seram gila aku dah kat situ

Tak lama tu ayah aku turun, buka pintu..

Aku cakap kat mak aku " Dah lah dalam ahli keluarga kita "

" Lelaki paling sikit "

Mak aku senyum je..

Aku tengok memang dorang ada perbincangan kat situ

Salah sorang ahli nya dah siap buka baju dah..

Ish, seram betul

Berbalik kepada hal dia

Dear awak :

Saya minta maaf sebab langgar janji saya
Saya betul-betul lupa pasal hal tu
Apa yang saya tahu ialah nak kongsi kan berita gembira saya dengan awak
Maafkan saya
Kalau awak nak tahu, awak call lah saya
Kalau tak nak...
Abaikan je..
 Seriously, aku sangat rindukan dia

Dia pernah janji, malam-malam dia akan online

Akan reply semua tweet aku

Tapi..



Friday, 10 May 2013

Aku Tak Boleh Buat !!!

Hari nie aku tak boleh tumpukan sepenuh perhatian

Ntah kenapa aku boleh jadi macam nie

Then B kata nak tolong aku

Tapi dia tu tolong separuh jalan

Maknanya setiap step kena tanya dia

Aku benci betul jadi macam nie

Aku tak suka lah

Dia tak boleh faham ke !!

Tension nya..

Aku rasa..

Aku tak boleh buat esok

Ya Allah, kenapa aku jadi macam nie ?

Apa aku nak jawab esok ?

Dah lah credit hour dia 4

Mati aku macam nie

Kalau pointer aku jatuh lagi ?

Oh Tuhan,

Apa mak ayah aku akan rasa ? :(



Thursday, 9 May 2013

Alahan

Semalam dalam pukul 11 lebih aku tidur

Niat nak study network terbatal

Serius tak larat semalam + dengan selsema yang teruk

Dalam pukul 1 pagi

Tutt tutt * handphone vibrate *

" Hello ? "

Tiba-tiba ada suara perempuan

" Nana, kau buat apa ? "

" Dah tidur ke ? "

Suara mak aku rupanya

Dalam keadaan yang masih mamai,

Aku jawab " Sudah mak, kenapa ? "

Mak aku cakap " Kau kejutkan abah tu "

" Cakap, mak dah balik "

" Mak call dia, banyak kali tak angkat2 "

Aku jawab " Baik mak "

Dengan keadaan yang mamai, pening kepala

Aku ketuk pintu ayah aku

Tak ada response

Lekat telinga kat pintu bunyi dengkur je -_-

Buka pintu

Then aku panggil ayah aku " Abah, bangun mak dah balik "

3 kali aku panggil, tapi masih tidur lagi

Aku gerak kan badan ayah aku

Banyak kali sambil cakap " Abah, bangun mak dah balik "

Baru dia bangun -_-

Then aku terus masuk bilik tidur

Kesian mak aku tinggal sorang-sorang kat luar

Masa tu pula aku tak terpikir

Kenapa aku tak turun je tolong mak aku

* ketuk kepala * Bodoh betul aku nie

Malam sebelum aku nak tidur balik, dah niat nak bangun sahur

Last-last terlajak

Bangun tidur pun masih panas badan nie

Ish, degil nya demam nie

Orang dah bagitau kan suruh jangkit lepas 17 May -_-

Aku bangun buka Facebook, Twitter

Baca tweet antara dia dengan bekas kekasih dia

Tanpa sedar air mata aku jatuh

Patutlah dia tak nak mesej aku selalu

Sebab dia ada orang lain yang dia boleh mesej

So, dia tak rasa kesunyiaan lah

Kenapa dia tak layan aku macam bekas kekasih dia ?

Dia selalu dingin dengan aku bila aku tanya dia soalan

Tapi dengan bekas kekasih dia

Dia bagitahu semuanya

Ahh, tension gila macam nie !!

Bila aku turun bawah pergi dapur

Malu nak jumpa mak aku

Nanti dia tanya kenapa mata bengkak nak jawab macam mana ?

Stress jawab exam ?

Macam tu ke ?

Bukan senang nak tipu ibu yang melahirkan kita

Even pun dia tak tahu apa masalah aku

Tapi dia tahu aku ada masalah

Malu nya >.<

Bila turun bawah duduk kat meja makan

Makan biskut je

Mak aku tanya " Makan lah nasi, mak dah masak nie "

Dalam hati * tak ada selera lah mak :( *

Tapi nak sedapkan hati mak aku, aku ambil juga

Sambil aku senduk nasi, mak aku cakap

" Mak ada buat sambal belacan "

" Macam orang Kelantan buat "

Terdiam aku kat situ

Kenapa mak aku sebut pasal orang Kelantan pula nie

Kenapa tak sebut orang selangor ke, perak ke, terengganu ke -_-

So, tadi aku makan kerang

Aku nie ada alahan kepada seafood

Tak boleh makan kerang, ketam, undang

Ikan pun kena tengok jenis

Tapi aku suka seafood :(

Bila makan, tapak tangan merah2

Kalau tak attack kat tangan

Dia attack kat bibir

Bibir akan bengkak macam semut gigit

Hidung akan rasa gatal, mata berair

Aiyaa, sedih macam nie

Abaikan part tu

Masih ingat yang aku ada update pasal tunang tu ?

Majoriti percaya

Termasuk kawan aku sendiri

Hahaha, aiyaaa

Apa dah jadi nie ?

Nak jujur kang dia cakap aku nie menipu

Kang kalau tak jujur

Time aku betul-betul tunang

Aku panggil dia, kang dia tak nak datang pula.

Serba salah macam nie

Tapi bila fikir balik, aku akan bertunang ke ?

Siapa yang nak kat aku nie ?




Wednesday, 8 May 2013

Broken Heart

Semalam aku saja je tukar gambar profile dia

Dan update status dia

Nak approve kawan dia tu ?

Ermm, takut dia tak suka

So, abaikan part tu

Turn On chat dia

Ramai juga yang online malam tu

Tukar je gambar dia

Kemain ramai yang komen

Orang hot kan, biasalah tu

Buka mesej dia,

Mesej aku dia dah delete pakej sekali turn off chat kat aku

Mungkin dia takut kekasih lama dia baca

Tapi kenapa dia tak takut aku baca mesej dia dengan kekasih lama dia ?

* tampar muka * Sebab kau nie bukan kekasih dia

Masih sayang lagi rupanya dengan kekasih lama dia

Yela, dua tahun tu

Tipu lah tu tak ada perasaan sayang kan

Tengok ada someone yang update status macam nie

InsyaAllah, he is my future husband
xxxxxxxxxx LINK xxxxxxxxxxxxx 

Tekan link tu, dan apa yang keluar ?

Wall dia..

Tahu lah kat situ betapa hancurnya hati aku

Selama nie aku tunggu dia, dia buat aku macam nie ?

Tak cukup comel ke aku nie sampai kan dia suka kat orang lain ?

Yeah, maybe aku nie kuat cemburu

Tapi tak adalah sampai menganggu ketenteraman dia kan

Ntah apa salah aku sampai dia buat macam nie

Aku tunggu dia kat sini, tapi dia ada orang lain

Tak cukup ke aku bagi dia peluang ?

Dia nak apa lagi ?

Rasa nak pengsan je bila dapat tahu benda nie semua

Yang tak puas hati nya nie

Dia masih ada perasaan kat kekasih lama dia

Kenapa dia buat aku macam nie..

Ada sebab kenapa aku tukar profile dia kepada Kang Gary tu

Bila tengok running man

Ada monday couple, berangan dia usik aku macam dalam cerita tu

Sebab dia sweet sangat macam Gary tu

Tapi dia terlalu sweet untuk perempuan lain

He never treat me like he treat his ex

Dia bagitahu semuanya yang dia ada skype, twitter kat bekas kekasih dia

Tapi dengan aku ?

Marah-marah, tukar topik lagi

U want to know something ?

Even pun aku yang update status dia, balas komen-komen kat wall dia

Bila aku buka Facebook aku, status dia masuk kat newsfeed aku

Betapa gembiranya aku tengok dia online

Tapi bila sedar balik

Aku yang sebenar update Facebook dia

Saat tu terasa rindu dia sangat

Bila baca balik tweet kekasih dia bagi

Ia berlaku masa birthday aku

Betapa kecewa nya aku

For sure lah dia dah delete semua tweet dia dengan kekasih lama dia

Ahh, aku tak tahu lah apa yang aku perlu buat untuk menang hati dia

Boleh gila aku macam nie

And i want to you know

I'm really broken heart

Seumpama aku tak mahu hidup lagi

:'(


Kurang Sihat

Semalaman aku tak boleh tidur fikir benda tu

Senang cerita aku tak tidur langsung lah

Masa datang kampus kawan aku tegur

" Kenapa mata kau bengkak nie ? "

Aku jawab " Aku terlebih study nie "

Nasib dia caya

Masa exam unix aku duduk sebelah akak yang aku agak rapat kat UniKL tu

Excited dapat duduk sebelah dia

Budak-budak dalam tu senyum je tengok gelagat aku  * hehe :p *

Masa jawab exam tu ntah apa aku merapu kat situ

Serius aku blank gila

Bukan aku saja

Ramai yang macam tu

Sebab Sir nie dia tak ajak theory

Dia cuma ajar programming, buat program

Tapi soalan masuk theory

Kan dah rasa macam aku tak pernah belajar -_-

Tambah pula aku tak tidur semalam

Tersenguk-senguk aku dibuatnya

So, aku ambil keputusan keluar awal dalam pukul 11 macam tu

Exam tu habis pukul 11.30

Aku dah tak larat nak menipu lagi kat dalam tu.. hehe

Lepas makan, aku ajak kawan aku study dekat surau

Sampai kat surau tu

Niat nak hafal subject yang exam lepas nie

Tahu-tahu aku dah tersenguk dah kat situ

Kawan aku gelak je -_-

Dalam hati * tak boleh jadi nie *

So, aku ambil keputusan tidur dalam 20 min

Tapi tak boleh tidur juga

Kepala aku nie banyak fikir

Geram !!

Conclusion, aku tak tidur tapi mata dah ngantok o.O

Usai solat semua, pergi kat kelas exam

Sedang duk hafal-hafal kawan aku menjerit

Elok-elok ngantok, terus segar

Aku tanya " Kenapa ? "

Kawan aku bisik " Betul lah Y tu dah mengandung "

" Besar gila perut dia "

Saat tu aku terlepas pandang

Aku jawab " Ala, kenapa kau tak bagitahu aku time dia lalu tadi ! "

" Aku nak tengok perut dia "

Then dia cakap " Aku tergamam tengok dia "

Dalam hati * sabar jela dengan budak nie.. hahaha *

Kebetulan Y tu satu kelas exam dengan aku

Memang nampak perut dia besar

Yang peliknya, kitaorang tak tahu pun dia dah kahwin ? o.O

Anyway, serius cemburu gila tengok dia

Bawa baby pergi kelas

Nak juga macam tu !

Aiyaa, bila la my little Insan nak ada dalam perut nie

Nak bawa dia pergi U

Bila dia keluar nanti dia ada minat nak belajar

Dan banggakan mak dan ayah dia

Seriously, can't wait for this moment !!

Serius, nak baby sekarang nie !

Lagi-lagi dapat baby kembar..

Sepasang ( lelaki + perempuan )

Alololo, mesti comel kan * macam mak dia..hahaha :p *

Ok2, dah stop cerita pasal baby nie

Kang aku tak boleh nak berhenti pula

Alhamdulillah, masa exam kedua nie aku dapat buat

Tapi kan...

Aku rasa macam something yang pelik dalam diri aku

Memang waktu tu aku menahan kengantukkan yang melanda * Yela, satu hari tak tidur *

Dengan secara tiba-tiba aku boleh terkejut

Aku kelip mata je pun

Tapi ntah kenapa aku rasa macam blackout * isu yang hangat diperkatakan sekarang *

Pelik dah aku nie

Then masa  on the way balik rumah kawan aku mesej

" Yana, tadi J ( budak cina ) tanya mana kau "

" Hari nie langsung tak nampak "

" Dia pergi Masjid Jamek dengan kawan-kawan dia yang lain "

" Aku ( kawan aku ) tanya kenapa tak mesej "

" Dia ( J ) jawab tak ada kredit "

" Rindu kau lettew, hahaha "

Tergelak aku baca mesej dia

Kawan aku nie setiap hari mesti tanya

J tu masih suka kau ?

Hahaha, apa punya soalan lah

Then dia cakap kalau dia betul suka kau, kau terima dia tak

Aku jawab tak..Sebab aku suka orang lain

Sampai je rumah aku terus check makanan * buka tudung saji *

Hahaha..Saja je tengok, bukan lapar pun

Aku naik atas, mandi, solat

Niat nak baca Mathurat seperti sebelum-sebelum nie terbatal

Sebab serius dah tak boleh tahan ngantok dah nie o.O

Tidur lah kejap, tapi sebelum tu aku set kan alarm 7.30

Masa bangun tu, badan aku dah panas

Mungkin sebab sejuk sangat kot

Kepala aku pun makin pening nie * tidur lepas asar mungkin *

Tapi sampai sekarang masih panas

Tambah pula selsema

Dear demam :

Please hold dulu, jangan jangkit kat saya
Saya masih ada 3 paper lagi untuk dijawab
Jangkit saya lepas 17 May ok ?
# hope u understand ^_^

Yana !

Get well soon, fighting for final

I know u can do it


Untuk Mu Teman


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu 
Diatas perpisahan ini

Good Luck For Me

Mula-mula merajuk tak nak update blog

Tapi ubah fikiran * hehehe :p *

Hari nie teringin nak makan coklat,

Bila adik balik je dari sekolah, terus minta dia teman pergi kedai

Maghrib pun maghrib lah

* Masa tu dalam pukul 6.50 *

Beli coklat cukup-cukup RM10.20

Lepas balik tu macam biasalah, siap-siapkan diri nak solat maghrib

Jadi aku pergi mandi

Dalam bilik air tu, tiba-tiba kat tingkap bilik air tu ada cicak

Besar pula tu

Menjerit-jerit aku dalam tu

Dua kali pula cicak tu menjengah aku kat tingkap tu

* Tak guna punya cicak *

Haish, aku memang tak boleh dengan cicak nie dan seangkatan dengan dia

Macam buaya, biawak ke dan haiwan yang moist skin..

Ish, memang aku anti betul dengan binatang tu

Bila cerita pasal nie, teringat pula kenangan aku waktu sekolah

Masa tu Form 4, ikut perkhemahan badan beruniform nie

Masa tu baru aku merasai betul-betul adventure

Kena tinggal sorang-sorang dalam hutan

Abang tu pula baik dengan aku

Tarik tangan aku pelan-pelan kat pokok

Then dia bisik kat aku

Jangan takut..baca doa banyak-banyak

Dan dia letak kawan aku pun tak jauh

Selang dua @ tiga pokok macam tu

So, aku tak ada lah takut sangat

Kembar aku * nama liana jugak tapi beza nya dia tak ada nur + y kat nama dia *

Kemain lagi jauh abang tu letak

Menjerit-jerit macam orang gila dia kat situ

Bila ingat kan kembali memori tu, rasa macam nak pecah perut gelak.. Hahaha

Then keesokakn nya, ada game treasure hunt

Kena siapkan task-task yang dia bagi

Yang paling aku benci ada 1 task tu

Alihkan belut dalam baldi tu ke satu baldi

Mak aih, dah boleh bayangkan macam mana kan aku waktu tu

Menjerit-jerit sambil menangis pegang belut tu

Masalahnya nak bagi belut tu tak bergerak-gerak

Kena tutup mata dia

Gila aku nak pegang muka dia

Nak tak nak aku pegang badan dia

Ya Allah, jangan cakap lah

Geli gila lah + dah lah licin

Dah banyak kali terlepas kat tangan aku

Then aku nangis..

Team aku lah bagi dorongan

Dorang cakap " Yana, kau boleh "

" Lagi sikit je yana "

" Pegang muka dia yana "

Dalam keadaan separa sedar

Ntah macam mana aku boleh pegang muka dia

Terus je aku campak dia kat baldi

Then abang tu cakap " Matilah adik belut abang tu "

Dalam hati * aku peduli apa *

Terus nangis aku kat situ

Lepas tu ada ke patut, abang tu suruh ambil lendir belut tu

Sapu kat muka

Bau nya, hanya Tuhan saja yang tahu

Nak termuntah aku

Hahaha, malu bila kenangkan peristiwa tu

Tapi tu lah peristiwa manis bila dikenangkan

Rindu dengan kawan-kawan sekolah menengah

Anyway, tomorrow is final exam for unix programming & project management

Aku tak berapa yakin lah nak jawab unix tu

Matilah aku esok

Apa aku nak buat nie * tampar muka *

Haa, dan aku dah tahu kenapa aku makin gemuk dengan cepat

Sebab aku nie kerap minum milo

Mana tak gemuk nya -_-

Aiyaa, kalau gemuk ada Insan kecik kat perut nie tak apa lah * hehe *

Ok, stop the topic for the little Insan

Good luck for me

Hope aku boleh dapat jawab esok dan hari-hari berikut dengan jayanya

Amin J

To N : saya tukar cover photo awak ye :p





Tuesday, 7 May 2013

Mode : Exam

Esok permulaan exam untuk aku..huhuhu

Serius, takut..

Bila aku study, blank terus

Aiyaa, serabut nya kepala..

Cuba buat soalan past year

Mak aih, susah kemain

Seumpama aku tak belajar langsung

Macam mana lah aku nak jawab exam esok -_-

Nie jadual exam aku : -

08/05 , 9 am - Unix Programming
            2 pm - Project Management
10/05 , 9 am - Ccna 3
13/05 , 9 am - Network Management
17/05 , 3 pm - Network Operating System
Aiyaa, 17hb tu yang tak sanggup

Kena tunggu sampai pukul 3 baru masuk

Orang nak balik cepatlah

Nak cepat habis exam

Nak tengok Running Man

Hahaha, dekat-dekat  nak exam nie aku dah gila tengok running man

Sedarlah yana oii, kau tu exam

Apa-apa pun aku blank sekarang nie

Macam mana nak jawab esok ? L





Macam mana serabutnya meja aku, macam tu jugak lah kepala aku serabut..

Hmm, L

Merajuk

Dalam pukul 11 lebih aku buka Facebook

Macam biasa tengok notification

Lepas tu tengok lah berapa ramai orang online

Tiba-tiba tengok chat aku tu offline,

Tengok mesej, ada orang buka

Sah N buka..Tak apalah

Tak kesah pun dia buka

Macam biasa, setiap hari aku buka Facebook dia

* Dah, dia tak mahu, aku lah buka kan *

Terasa nak buka events dia

Tengok ramai budak UMP invite dia

Tangan nie pula rasa gatal nak click dekat orang yang invite dia

Then dah click , tengok kat wall dia

Tiba-tiba ada Facebook Najmi Harith

Dalam hati * eh, nama dia yang dia bagitau Nazmi Haris *

Tekan kat Facebook Najmi Harith tu

Tengok gambar dia

* apa yang dia bagitau tentang fizikal dia *

* gemuk, hitam, pendek *

Serius sama macam dalam gambar tu

Kebetulan kat Facebook Najmi tu study kat UMP

Ambil course sama dengan H pula tu

Mesej dia cakap " Nazmi.. nama sebenar nazmi, najmi harith  ? "

" Betul x ? Nazmi tak pergi pondok pun kan.. "

" Nazmi study dekat UMP..dah tahun satu pun kn ? "

Lepas tu tak lama tu dia call

Tapi mungkin tak ada line

Dapat mesej dari Maxis cakap ada missed call nombor dia

Then aku call lah tanya

" Betul kan nazmi study, tak pergi pondok "

Dia cakap tu bukan dia

" Sumpah saya ada kat pondok "

Macam susah nak percaya, tapi dia dah cakap sumpah

Then dia macam marah

" Awak janganlah fikir bukan-bukan "

" Tumpu kat study tu, nak exam dah "

" Kalau yana nak pak cik B tu pergilah dekat dia "

Dalam hati * apa kena mengena dia dalam hal nie ? *

Aku cakap lah " Yana tak suka dia, kenapa tiba-tiba suruh yana pergi dekat dia "

Lepas tu dia cakap " Yela, dah tak percaya dekat N tak apa lah "

Tak sampai hati dengar macam tu

* Rasa bersalah sangat buat dia macam tu *

Maafkan yana ye..

Lepas tu dia cakap " Janganlah asyik call je, mesej pun tak payah "

" Nanti orang kat sini tahu "

" Tunggu N mesej "

Terdiam aku sekejap

Apa mesej aku nie buat dia rasa rimas ?

Rasa terganggu ?

Then aku cakap macam nie

" Kalau macam tu, tak apalah "

" Yana tak kan mesej dengan call N lagi "

Lepas tu dia cakap " Merajuk lah tu "

Aku cakap " Tak apalah, yana nak solat..dah maghrib nie "

Dia cakap " Merajuk lah tu "

Sampai hati kan dia cakap macam tu

Tak apalah, dia tak nak lagi mesej, call dari aku kan

Tak apalah, ikut jela apa yang dia nak tu

Sangat terasa hati dengan dia

Lepas nie dah tak mahu dah update blog lagi

Nie lah yang last

Sebab dia dah tak nak tahu apa-apa lagi kan

So, aku terima

Tapi apa yang saya nak bagitahu awak

Saya sangat merindui awak L




Monday, 6 May 2013

Rindu

Pagi tadi dalam pukul 8 lebih

Dapat panggilan dari dia

Terkejut juga tiba-tiba dia call

Yela, dia cakap dia masuk pondok kat Kelantan

Kelantan kan study hari Ahad nie

Ke disebabkan hari mengundi, dia cuti ? o.O

Hahaha, tak kisah pun

Asalkan dapat on call dengan dia ^_^

Tapi tu lah, tak boleh lama macam hari tu

Sebab aku tak ada kredit !!

Aiyaa, semalam instinct aku dah suruh top-up dah

Tapi fikiran aku cakap jangan

Sebab aku fikir, kalau aku top-up nak mesej siapa je

Haish, silap -_-

Tak mengapalah, then dia call

Katanya kredit dia rm1 lebih

Tipu je, boleh call sampai 27 min lebih

Ngada, cubit kang -_-

Sebelum dia call aku tu

J ada mesej aku,pukul 4 lebih,

Dia cakap sampai m'sia terus mesej aku

Katanya rindu sangat

Tanya dia,"  tak rindu awek ke ? "

Dia jawab " rindu sikit je, rindu awak lagi banyak " -_-

Mereng dah mamat nie

Mesti N aku nie cemburu sangat

Tak ada sayang, tak suka dia pun

Lepas tu aku tanya J tu ada ole-ole untuk aku tak

Dia cakap " Ada, tapi macam mana nak bagi "

Aku jawab " Kalau macam tu, tak payah lah "

" Bagi orang lain "

Then dia jawab " Ala, nak bagi awak juga "

" Nanti kita jumpa ye.. Kita dating "

Dalam hati * Budak nie dah teruk sangat angau dia kat aku nie * -_-

Then aku tanya dia

" Habis awek awak macam mana ? tak kesian dekat dia ke ? "

Lepas tu selamba je dia cakap

" Saya terikat. Saya nak awak juga "

" Jangan sebut pasal dia boleh ? Saya nak antara kita je ! "

Gila betul lah mamat nie

Seingat aku, aku tak ada guna minyak senyoyong ke, minyak dagu ke kat dia

Sampai teruk angau dekat aku

Sebelum tu aku ada update status Facebook aku

sorry, i'm already engaged :)

# harap maklum
Haha, memang ramai lah patah hati bila aku update macam tu

Siap mesej aku tanya betul ke

Macam J nie lah

Tiba-tiba dia mesej kat Facebook cakap macam nie

Awk...
Tol ke awk da tunang..?.
Sy kt jpun lg ni...
Mlm ni bru flight...
Awk xigt sy pn kn.... 

Tu yang dapat tahu tu

Kemain tanya macam-macam kat aku

Siap cemburu lagi aku dah tunang

Banyak lagi lah dia cakap

Bukan dia sorang je

Then ada sorang mamat nie mesej aku kat Facebook

" Dia cakap nak ngurat boleh "

Lepas tu, mengarut-ngarut dia cakap

Nak jilat aku lah, tu lah, nie lah

G.I.L.A !!

Tu je aku mampu cakap

Then malam nie

Merayu kat aku supaya jadi coklat dia

Memang tak lah kan, ingat aku nie perempuan senang nak terima orang ?

TAK !!!

Aku cuma terima N aku je

Walaupun dia buat kesalahan yang sangat besar

* Kebanyakkan orang cakap macam tu lah *

Tapi aku tetap bagi dia peluang

Bcoz, nobody perfect..

Tapi kalau dia ulang kesilapan yang sama

Jangan tanya kenapalah kalau ada sesuatu yang berlaku lepas nie

Sebab aku tak tahu apa yang dia buat, kat mana dia ada

Siapa dia contact, siapa dia mesej

Macam aku, dia tahu sebab aku update blog

Bagitahu apa yang berlaku

Tapi dia ?

Hanya tunggu dia call

Tu pun bila tanya pasal dia,

Dia tak mahu cakap sangat

Tak tahu lah kenapa, mungkin dia masih berahsia lagi dengan aku

Perhaps ?

Tak mengapalah, kalau dia tipu

Allah tu maha adil

Tengok macam dia tipu aku

Tak lama tu, aku dapat tahu kisah sebenar-benarnya

Tak macam kekasih lama dia

2 tahun baru tahu siapa dia sebenar

Tengok kekasih lama dia, kesian juga

Tak hairanlah kenapa bekas kekasih dia cakap dengan aku macam nie

" Jangan tunggu N lagi, find someone who treats u better than N "

" Bel dah banyak kali patah hati dengan dia "

" Dia tu cuma janji manis je "

Aku faham kenapa dia sangat-sangat terluka

Tapi aku still bagi satu peluang untuk N tebus kesalahan dia

Kalau tak ada jodoh tu, kita nak buat macam mana kan

Kita dah usaha

Jika Allah menghendaki sesuatu, maka Kun faya kun

* kita tak boleh melawan ayat nie *

So, Dear my lovely N

Please don't wounded my heart anymore ye honey ?

Take care yourself

Saya kat sini sentiasa doakan yang terbaik untuk awak ^_^



Sunday, 5 May 2013

Happy Birthday Honey !

Semalam adik aku minta teman dia dengan kawan dia pergi PWTC ( pesta buku )

Sebab dia tak tahu pergi jalan KL nie

So, aku ikut lah nak tak nak pun..

Semalam aku tak dapat tidur langsung

Sebab punyalah happy semalam..hahaha

Tak sangka macam tu sekali effect nya kat diri aku nie

Disebabkan tak tidur satu malam lah, aku tak larat nak jalan..

Kami gerak dari rumah dalam pukul 11.15

Bas sampai 11.30

Then adik aku cakap nak pergi makan dulu kat Bandar Tun Razak (btr)

Sebab dari pagi kami tak makan

Aku fikir kena exchange tren pergi btr tu

Lepas tu, nak pergi PWTC lagi 

Dah sampai sana, nak pilih lagi buku

Mesti lambat kan

Jadi aku cakap jela kat adik aku

Kat depan PWTC tu ada mall

Makan kat situ jela, senang tak payah nak exchange tren 

Adik aku setuju

Then sampai sana, mall tu under construction pula -_-

Perut dah menyanyi lagu keroncong dah nie 

Adik aku cakap jom lah kita pergi stesen Bandaraya 

* Apa punya idealah *

Nak patah balik tu satu hal

Tapi hal yang paling besar dalam negara nie lah

Nak kena beratur beli token !!!

Tak ada kerja aku nak buat kerja gila nie

Then aku tanya dia " Kau nak beli buku apa ? "

Dia jawab " Tak ada apa, saja nak habiskan baucer buku nie "

Tanya kawan dia pula, dan dapat jawapan yang sama

Then aku cakap macam nie

" Kalau macam tu, kita cari buku dulu then makan lepas tu balik "

Masa cari buku tu, aku ada terjumpa satu buku yang sangat-sangat menarik minat aku 

Buku tu tajuk " Jika mahu kaya dan murah rezeki, maka kahwinlah " ( lebih kurang macam tu lah )

Aku minta adik aku beli, then dia cakap 

Kita tengok kat bawah, ada lagi buku macam tu

Aku jawab " Ala, kat bawah novel je, beli lah buku tu "

Adik aku cakap " cari kat bawah saja "

Huh, sampai hati * sambil muncungkan bibir *

Sampai bawah, buku tu tak ada

Sedih :(

Adik aku cari pun tak jumpa

Yang jumpa " Aku terima nikahnya ", lepas tu banyak lagi pasal kahwin nie

Then aku jawab, aku bukan nak kahwin lah

Aku nak buku tu, yang bagi aku buku pasal kahwin nie kenapa -_-

Hahaha, mesti pelik kan

Sebab tajuk nya hampir sama * pasal kahwin jugak *

Tapi buku tu, dia bukan cara-cara nak kahwin taw

Dia bagitau rezeki, pasal isteri mengandung, banyak lagi

Conclusion nya, buku tu tak macam buku lain

Yang hangat perkatakan pasal kahwin-kahwin nie

Buku tu bagus, tapi tu lah.. tak dapat beli * sedih *

Nak buku tu jugak * sambil hentak kaki *

Last-last aku beli buku lawak kampus je..

Hahaha, abaikan pasal tu

Bila nak balik tu tiba-tiba hujan lebat

Terpaksalah redah coz i'm really starving !!

Dah tahap boleh makan orang dah nie

Sedang elok-elok aku berlari merentas hujan

Tiba-tiba mamat bangla langgar aku

Sempat lagi meraba

Pergh ! !@#$%^&*()(*&^%$#

Segala kata cacian memang keluar

Bodoh betul bangla tu

Eeee ! sakit nya hati !

Kalau tak disebabkan hujan

Memang mati aku kerjakan bangla tu !

Then sebelum balik rumah

Aku pergi tandas dengan ayah aku

Tunggu kat luar dulu bagi adik aku masuk 

Sebab tandas tu ada satu

Then datang lah mamat yang hantar pizza nak masuk tandas juga

Kemain lagi menyanyi sambil masuk tandas

Sempat lagi sengih-sengih kat aku -_-

Lepas dia selesai, dia keluar sambil menyanyi lagi

Then tegur aku, buat apa tu ?

Tunggu turn ke ?

* Dalam hati, dah tahu pi tanya buat apa -_- *

Aku cuma senyum je, then angguk

Lepas tu dia cakap, pergi lah solat dulu sementara tunggu turn

* Eh, mamat nie, tiba-tiba suruh aku solat dah kenapa *

Aku jawab " Saya dah solat dah "

Then dia tanya lagi " Datang dengan siapa ? "

Aku jawab " Datang dengan ayah "

Sebelum dia pergi, dia cakap

" Kirim salam dengan ayah ye " * sambil senyum, then dia pergi *

Aku hanya mampu geleng kepala saja

Lepas tu, aku tengok ada pengkid nak masuk tandas juga

Mula-mula tengok gaya dia macam nak masuk tandas lelaki

Konon jela nak masuk..

Last-last aku buka pintu tandas

Dah nampak muka dia tak tahan sangat nak masuk

Hahahaha..hanya mampu ketawa saja

* Sedar juga diri yang kau tu perempuan *

Anyway, malam nie hari kelahiran someone yang special in my heart

* ceh, jiwang karat dah keluar *

Nah, nie yana nyanyi kan satu lagu untuk N

♥ Happy birthday to you ♥
♥ Happy birthday to you ♥
♥ Happy birthday to NH  ♥
♥ Happy birthday to you ♥
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran sayang

Semoga Allah melimpahi rezeki keatas kamu, hidup mu sentiasa diberkati

Sentiasa sihat-sihat selalu, dan Allah melindungi mu kemana jua kamu berada

Amin..

Nak call, takut menganggu tidur

Jadi, yana update kat blog saja lah ye

Maaf, tak dapat nyanyikan.. hehe

Jaga diri baik-baik kat sana ye

Jaga diri, jaga iman, jaga hati

Jangan lupa pesan ibu N ye..

Semoga N jadi anak, suami & ayah yang baik satu hari nanti

Jangan nakal, yana dapat tahu N tipu yana lagi

Mengatal dengan lain lagi, tengok lah apa yana buat nanti !

Anyway, Happy Birthday Honey ! 



Friday, 3 May 2013

Yeay !

Pagi pukul 10.34 a.m

Masa tu, masih membuta lagi atas katil * hehe *

Tengok ada orang call * dalam hati mesti mak aku suruh bangun nie *

Sekali tengok N call

Terus segar mata nie.. hahaha

Dia suruh call balik

Tapi dengar dah balik ke ?

* Hahaha..ngigau lagi..baru bangun lah katakan *

Then call dia, tiba-tiba rasa dia dah berubah

Romantik semacam je

Dia tanya " Makin gemuk ye sampai pakai seluar pun tak muat "

Hahahah.. Malunya

Jawab " Ye, dah makin gemuk >.< "

Then dia jawab " Tak apalah, bagi montel badan tu "

Aiyaa, dah pakai seluar tak muat

Nak bagi montel pula..Nanti terpaksa beli seluar baru

Hahaha..Dan soalan tak pernah putus dari bibir dia

" Sekarang suka siapa ? "

Cakap kat dia " Suka N lah "

Then dia suruh cakap dalam English

Malunya nak cakap

Tanya dia tak boleh ke dalam bahasa melayu je

Dia cakap nak dalam English juga

First time malu cakap macam tu

Mulanya tak nak cakap

Dia cakap dia kira sampai 5, tak mahu cakap dia letak

Kejam betul !

Dia  cakap kali nie je

Cakap kat dia " yana cakap sekali je ye, dengar ke tak, tak mahu ulang "

Dia jawab " Yela, cepat "

Malunya, terpaksa juga cakap

Dah cakap tu, dia minta lagi

Tadi cakap sekali je -_-

Then dia cakap " Cakaplah sekali lagi "

Perangkap dia  " Cakap apa "

Dia jawab " Cakap, * **** *** "

Hahaha..Malu2 >.<

Then dia cakap jangan nakal2

Nanti dia pulas telinga, tarik pipi, tarik hidung

Amboi, semuanya dia nak tarik

Hahaha, tahu jugak jealous

Pandai cakap orang kuat cemburu, dia pun sama juga :p

Then dia minta gambar

Dia nak tengok gemuk macam mana

Cakap kat dia " Bagi dulu gambar N baru upload gambar "

Dia jawab " Tak nak upload, tak mahu pegang phone, tak nak contact "

Aku jawab balik " Tak mahu pegang phone, tak nak update blog "

Then senang je dia jawab " Tak nak update sudah "

Eeee, geramnya !! >.<

Lepas tu dia cakap " Nanti bagi gambar lepas yana habis study "

Cakap kat dia " Ala, lama lagi..bagi lah sekarang "

" Yana tak mahu ingat H bila contact dengan N "

Dia jawab " Tak mahu yana jadi gila bila tengok gambar dia "

* dah buat suara manja sehabis yang mungkin *

* akhirnya, tak dapat juga -_- *

Hahahaha, amboi..

Sampai hati cakap macam tu -_-

Then dia cakap lagi " Tunggu jumpa baru bagi gambar "

Aku jawab " Macam mana nak jumpa, muka pun tak tahu "

Dia gelak then dia cakap " Yana bercinta dengan alien "

Hahahah, ngada..main-main dia nie

Disebabkan dia nak sangat tengok gambar aku yang makin tembam-bam nie

Nah, tengok puas-puas

Jangan terkejut kalau tengok yana nie besar semacam




Bila pakai tudung nie, adik yana cakap yana macam princess..haha

Do i look like a princess to you ? ^_^

KeGemukkan Melanda

Hari nie, seperti biasa pergi tolong mak aku meniaga

Mulanya berat hati coz abang aku pun balik hari nie

Bukan apa, kang naik lori sampai tiga orang ( sempit )

Then mak aku pujuk, tak apalah

Bawa topi keledar, biar Along naik motor dengan abah

Then aku siap-siap gosok baju, tudung, seluar

Sekali nak pakai seluar tu, dah tak muat

Ohh, tidak !!! Aku dah gemuk

Sampai seluar tak muat dah

Then tengok perut, muncit dah -_-

Aiyaa, malunya * N dapat tahu nie, kompom lah dia menyakat nie -_- *

Tak apa, tak apa..

Masih belum terlambat lagi untuk kuruskan badan

Hari ini mula lah operasi diet.. mueheheh

Sampai je kat tasik, ada uncle cina yang selalu jogging kat sini tegur mak aku

Tanya ini anak ka ? umur berapa ? 18 tahun ka ?

Then aku jawab, saya umur 20 tahun

Kawan uncle tu tiba-tiba menyampuk

" Aiyaa, cakap jela u mau ngurat itu budak "

" Tak payah tanya umur, study mana "

Tergelak aku dengar statement uncle tu.. hahaha

Then Uncle tu jawab " Kalau umur 20, baru leh ngurat "

" Kalau 18, tak boleh ngurat "

Hahahaha, gatal juga uncle nie

Lepas uncle tu, ramai pula uncle2 lain nak mengurat aku

Mula-mula dia jogging satu round dia lambai tangan kat aku

Then makin berterusan pula..

Ada lah dalam 5 kali dia lambai aku

Aku senyum je..hahaha

Ntah kenapa hari nie orang tua semuanya tak betul -_-

Then aku pergi solat asar kat surau nie

Balik dari surau tu, tiba-tiba mak aku cakap

" Kawan along ada datang tadi "

Terkejut aku dengar

Aku tanya mak aku " Dia dah balik ke mak "

Mak aku jawab " Dia masuk dalam tasik tu "

Dalam hati * mana aku nak lari nie -_- *

Terus aku cakap kat mak aku

" Mak, nanti dia nak apa-apa mak layan dia ye "

Mak aku jawab " Yela "

Aduh, segan nya lah

Memang aku tak nak pandang pun muka dia

Bukan apa, segan lah

Lagipun kan N cemburu, habis aku

Dia tak nak angkat call lagi dah..

Mana leh macam tu kan..

Setia pada yang satu

Dah, tak mahu majok2 lagi ye N

Saya tunggu awak sorang saja

Jangan nak mengatal dengan perempuan lain !

Siap awak nanti..


Wednesday, 1 May 2013

Malunya

Hari ini tiba-tiba kawan aku mesej

Dia cakap madam tak nak sign aku pun log book sebab aku tak ada

Kalau nak sign, kena datang kampus sekarang

Tengok jam dah pukul 11 lebih

Then aku jawab lah " Kau cakaplah madam aku ada hal "

" Aku jauh, kajang nak pergi sana "

Dia balas " Kiranya kau nak suruh aku cakap sorang lah nie "

" Rumah aku lagi jauh, naik ktm Rawang datang sini "

Haish, sakit pula hati nie

Dia dah sampai sana pandai-pandai lah cakap

Aku dah siapkan hampir semua benda tu

Cakap pun tak reti ke

Then terpaksa lah aku siap-siap

Aku minta mak aku hantar

Mak aku cakap tak ada kereta * sebab abang aku bawak balik UTM -_- *

Satu hal lagi nak pergi kat perhentian bas, dah lah jauh dari rumah

Then teringat cerita mak cik tu semalam

Ada budak perempuan kena rogol dalam bas

Dah menakutkan aku nak pergi naik bas

Dah siap-siap, pinjam mak aku Rm2.00

Sebab tak ada duit kecil nak naik bas

Berjalan lah aku pergi kat perhentian bas

Belum sempat nak sampai kat perhentian bas tu

Dah bas datang

Lintas jalan belum lagi, nak lari masih jauh

Huh, sabar jela

Then sampai aku kat kampus dalam pukul 1 lebih

Aku jumpa lecturer tu, semua benda setel

Benda paling senang pun dia tak mampu nak buat

Sabar jela

Lepas setel semua, solat terus saja pergi kat tempat mak aku meniaga

Mak aku tunggu dah tunggu aku dah

Then balik nie aku tengok tuala aku hilang ntah kemana

Aku nak mandi, badan dah melekit-lekit + tadi basah lencun sebab hujan

Dalam bilik mak aku je yang ada simpan segala-gala jenis tuala

Masuk bilik mak aku

Ya Allah, malu nya aku

Dear N :

Kalau awak nak tahu, call saya tak pun mesej
Malu nak cerita kat sini


Happiness

Semalam teman mak aku pergi meniaga

Mak aku cakap jangan turun lori dulu

Sebab hari nak hujan, mak aku nak buka payung

Then aku nampak ada mak cik tu datang kat tempat mak aku meniaga

Dok sembang mak aku, and dia nak makan bihun goreng

So, aku ambil keputusan turun tolong mak aku

Baru je keluar dari lori tu, mak cik tu terus cakap

Cantik nya anak kau, badan cantik, tinggi pun tinggi

Sesuai jadi model..

Then dia tanya aku, belajar ke

Aku hanya senyum lalu mengangguk kepala

Then dia tanya form berapa ?

* hahaha, nampak muda sangat ke aku nie ? *

Aku jawab " Saya pelajar U mak cik "

Dia tanya U mana

Aku dengan rendah hati ( rendah diri lah sangat )

Jawab " Unikl je mak cik "

Dia tanya lagi " Unikl Bangi tu ye ? "

Aku jawab " Tak lah, saya Unikl kat Kg Baru..Jalan Sultan Ismail "

Terus je dia cakap

 " Anak saudara mak cik keje pegawai ( pegawai apa ntah, tak ingat ) kat Jalan Raja Laut "

" Mak cik nak buatkan kau menantu, mak cik berkenan dengan kau nie "

" Nanti mak cik bawak anak saudara mak cik "

" Mak cik dah anggap dia tu anak mak cik "

* Dalam hati *

Mak cik nie mereng ke apa ? -_-

Then ada lah orang meniaga tu makan kat tempat mak aku

Dia pergi tanya pendapat orang tu

" Cantik tak dia nie ? Cantik kan.. "

" Dah lah cantik, tinggi budi bahasa, berpelajaran "

* Tinggi budi bahasa tang mana pun aku tak tahu lah coz aku banyak senyum kot dari bercakap *

Orang yang makan tu pula cakap

" Tengok lah mak dia macam mana "

Mak cik tu tanya lagi

" Bila anak habis belajar ? "

Mak aku cakap lagi 5 tahun lagi baru habis

Nak tahu tak apa mak cik tu cakap ?

" Tak apa, mak cik suruh anak saudara mak cik tunggu kau "

Aiyaa, malu aku kat situ

Apa kenalah dengan mak cik nie

Bersungguh-sungguh cakap macam nie

Dan ada ke patut dia promote anak saudara dia

Dia cakap anak saudara dia handsome

Parah dah mak cik nie, macam la mak cik nie nak kawin -_-

Abaikan pasal mak cik nie

Malam semalam kira-kira pukul 10

Tiba-tiba si N nie call

Mula-mula ingat nak merajuk lah

Tak cakap pun, tunggu dia cakap

Tapi senyap je, last-last terpaksa juga cakap hello kat dia

Then dia cakap sorry lah, tak ada kredit

Haa, tahu takut bila orang nak lepaskan dia :p

Aku tanya nak yana call N tak nie

Dia cakap yelaa * tak tahu lah kenapa dia suka sangat cakap perkataan yela tu.. hahah *

Then call dia, terus lupa pasal merajuk.. hahaha

Banyak cerita kat dia

Dan, yang paling comel nya

Hahahaha, dia cemburu dengan kawan abang aku

Dia panggil kawan abang aku tu pak cik B..

Amboi, ingatkan tak reti cemburu

Dia cakap macam nie

" Yela, sekarang kan dah ada pak cik B "

Hahaha, dan ada ke patut dia cakap

" Pergi cakap kat pak cik B yang yana suka dia "

Amboi2, cemburu sampai macam tu sekali

Hahaha, cakap kat dia tu cuma kawan je

Then dia tanya sekarang suka dekat siapa

* malu-malu kucing cakap kat dia *

" Yana suka N lah, tak suka orang lain "

Hahaha, malunya nak ucapkan perkataan tu kat dia

Terus gelak..dia pun gelak juga

Then aku tanya bila nak balik,

Dia cakap nanti lah

Aku tanya nanti tu bila, dia jawab nanti lah

Then dia gelak..

Dalam tempoh beberapa minit, aku banyak mengadu kat dia

Tapi masih banyak lagi aku tak cerita

Then dia cakap, tulis kat blog lah

Aku jawab " Tak bestlah tulis kat blog "

" Yana cakap sorang2 kat blog nie :( "

" Balik lah rumah, yana nak cakap sesuatu dengan N "

Then dia cakap

" Cakap lah cepat "

Aku jawab " Balik rumah dulu baru cakap "

Then dia jawab

" Cakap dulu baru N balik rumah "

Aku jawab " Ala, mana boleh macam tu..Balik rumah baru bagitau "

Nak tahu apa yang dia buat ?

Dia cakap dia kira sampai 5 baik cakap

Kalau tak dia matikan

Eeee, geram betul.. Ada ke patut dia cakap macam tu

Orang dah lah rindu dia, dia buat macam tu

Then dia cakap yela, pergi lah cari lain

Aku jawab " Kang cari lain, dia pula yang jeles "

Terus dua-dua gelak..Hahaha

Then ada ke patut dia cakap

" Muka je putih, tapi hidung kemek "

Geram bila dia cakap macam tu

Mentang-mentang lah kita tak tahu muka dia macam mana kan


Ntah kenapa bila dengan dia

Aku rasa hilang tension aku

Sangat2 selesa bila bercakap dengan dia

Nak merajuk pun tak jadi merajuk

Hahaha..

Hmm, sangat-sangat rindu kan dia

Sebelum nak habis percakapan

He wish me luck for final exam

Then aku cakap dengan dia

" Jangan mengatal kat sana.. Yana tunggu N kat sini taw..hahaha "

" Jaga diri, jaga hati "

Semoga awak baik-baik saja kat sana N