Macam biasa tengok notification
Lepas tu tengok lah berapa ramai orang online
Tiba-tiba tengok chat aku tu offline,
Tengok mesej, ada orang buka
Sah N buka..Tak apalah
Tak kesah pun dia buka
Macam biasa, setiap hari aku buka Facebook dia
* Dah, dia tak mahu, aku lah buka kan *
Terasa nak buka events dia
Tengok ramai budak UMP invite dia
Tangan nie pula rasa gatal nak click dekat orang yang invite dia
Then dah click , tengok kat wall dia
Tiba-tiba ada Facebook Najmi Harith
Dalam hati * eh, nama dia yang dia bagitau Nazmi Haris *
Tekan kat Facebook Najmi Harith tu
Tengok gambar dia
* apa yang dia bagitau tentang fizikal dia *
* gemuk, hitam, pendek *
Serius sama macam dalam gambar tu
Kebetulan kat Facebook Najmi tu study kat UMP
Ambil course sama dengan H pula tu
Mesej dia cakap " Nazmi.. nama sebenar nazmi, najmi harith ? "
" Betul x ? Nazmi tak pergi pondok pun kan.. "
" Nazmi study dekat UMP..dah tahun satu pun kn ? "
Lepas tu tak lama tu dia call
Tapi mungkin tak ada line
Dapat mesej dari Maxis cakap ada missed call nombor dia
Then aku call lah tanya
" Betul kan nazmi study, tak pergi pondok "
Dia cakap tu bukan dia
" Sumpah saya ada kat pondok "
Macam susah nak percaya, tapi dia dah cakap sumpah
Then dia macam marah
" Awak janganlah fikir bukan-bukan "
" Tumpu kat study tu, nak exam dah "
" Kalau yana nak pak cik B tu pergilah dekat dia "
Dalam hati * apa kena mengena dia dalam hal nie ? *
Aku cakap lah " Yana tak suka dia, kenapa tiba-tiba suruh yana pergi dekat dia "
Lepas tu dia cakap " Yela, dah tak percaya dekat N tak apa lah "
Tak sampai hati dengar macam tu
* Rasa bersalah sangat buat dia macam tu *
Maafkan yana ye..
Lepas tu dia cakap " Janganlah asyik call je, mesej pun tak payah "
" Nanti orang kat sini tahu "
" Tunggu N mesej "
Terdiam aku sekejap
Apa mesej aku nie buat dia rasa rimas ?
Rasa terganggu ?
Then aku cakap macam nie
" Kalau macam tu, tak apalah "
" Yana tak kan mesej dengan call N lagi "
Lepas tu dia cakap " Merajuk lah tu "
Aku cakap " Tak apalah, yana nak solat..dah maghrib nie "
Dia cakap " Merajuk lah tu "
Sampai hati kan dia cakap macam tu
Tak apalah, dia tak nak lagi mesej, call dari aku kan
Tak apalah, ikut jela apa yang dia nak tu
Sangat terasa hati dengan dia
Lepas nie dah tak mahu dah update blog lagi
Nie lah yang last
Sebab dia dah tak nak tahu apa-apa lagi kan
So, aku terima
Tapi apa yang saya nak bagitahu awak
Saya sangat merindui awak L
.jpg)
No comments:
Post a Comment
any comment for this entry?