Tuesday, 8 October 2013

Ya Allah, Aku terlalu merindui hamba-Mu

Hai..

Setelah kian lama blog nie terbiar..

Bukan tak nak update..

Tapi kekangan masa yang membuatkan aku terhenti seketika

Yeah..seem aku update blog nie

Memang aku ada masalah..

Banyak masalah yang aku sedang lalui

Aku ingatkan aku kuat lalui masalah nie

Tapi sangkaan aku meleset..

Ya Allah, aku terlalu merindui hamba-Mu

Hampir 3 minggu dia tak contact aku

Hilang tanpa khabar berita

Then bila aku mesej number dia..

Mesej dari Maxis yang membalas..

Katanya handphone nya switched off..

Hampir setiap jam aku call number dia, setiap hari

Dalam hati berharap, mungkin dia akan on kejap..

Tapi jawapan yang sebaliknya aku terima

Semalam, aku mesej number dia 013

Sepupunya membalas..

Katanya dia accident motor, sekarang dia ada kat hospital

Bila aku tanya bila masuk nya

Dia bagitahu 2-3 hari nie

2-3 hari ?

Aku tunggu dia 2 minggu dia tak balas

2-3 hari nie masuk hospital ? Haish !

Bila aku tanya teruk ke sakit nya

Dia bagitau cuma cedera ringan

Haish, kau rasa patut ke aku percaya ?

Masa hari raya hari tu pun dia cakap dia accident

Aku tak rasa pun dia macam tu

Mungkin dia hanya reka cerita

Semata-mata nak lari dari aku..

Dia cakap phone dia rosak..

Masalahnya, dia ada 2 phone..

Tak kan lah dua-dua rosak..

Haish, aku nie asyik kena tipu je..

Apa, aku nie tak layak dijadikan seorang isteri ke ?

Hina sangat ke aku nie ?

Hodoh ke aku ?

Bodoh ke aku ?

Sampai reject aku macam nie..

Ya Allah, adakah aku ini hanya bertepuk sebelah tangan selama nie ?

Atau, mungkin aku tidak layak menjadi seorang isteri ?

Sejak kebelakangan nie

Aku terlalu banyak bercakap apabila dengan kawan-kawan

Nak tahu kenapa ?

Aku tak mahu orang tahu bahawa aku terlalu sedih sekarang nie..

Apabila aku diam, aku akan menangis

Dan terus menangis..

Setiap malam aku menangis, sehingga aku tertidur

Mak aku selalu tanya, kenapa mata tu ?

Soalan yang tak dapat aku jawab..

Ya Allah, nie kah dugaan untuk ku ?

Apabila aku memikirkan semula..

Bel ada bagitahu aku

Yang dia off phone dia lama masa couple dengan bel tu..

Bila dah tak ada perempuan tu nak layan dia

Baru balik kat bel..

Betul ke ?

Sampai hati dia buat aku macam nie kan..

Sampai hati !!!